Saturday, 13 December 2014

Hongkong 2013 Part 1 (Preparation and basic cost)

Dah setahun aku peram cerita pasal hongkong nih... tak menyempat nak taip.. ni pon dah tak berapa nak ingat sangat dah.. jadi, sebelum terpadam dari kotak ingatanku, baik aku cepat-cepat taip. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai rujukan buat diri sendiri dan juga orang lain.

Trip kali ni agak istimewa buat kami semua, kerana ini kali pertama kami merancang percutian sendiri. Seperti biasa, geng pengembaraan adalah, encik suami ASH, kawan rapatnya Bujam dan isterinya Aza. Lebih istimewa, anak sulung kami Hani Humaira yang berusia 1 tahun 8 bulan turut serta.

Tapi yang sedihnya, kami terpaksa meninggalkan baby kami Hani Maisarah yang baru berusia 2 bulan lebih. Ha, sebelum korang kata kejam la, sampai hati tinggal baby la, dengar dulu sebab musabab kami. Niat di hati awal-awal memang nak angkut sekali.. siap dah belikan tiket dah untuk si kecil tu.. Mak aku puas pujuk aku, tak payah la bawak sekali. Akhirnya, lepas dah berbincang banyak kali, kami setuju untuk tinggalkan si kecil tu, atas alasan terlalu kecil, risau terkena jangkitan kuman, lagipun hongkong tengah musim sejuk. Lega hati nenek dia... Aku la yang nak menangis bila terpaksa let go, tambah-tambah lagi tengah menyusu badan.. Berdoa dalam hati, semoga stok susu yang aku buat selama ni, mencukupi buat si kecil sepanjang trip kami.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah, si kecil mahu menyusu botol dan stok susu mencukupi. Mula-mula risau juga, jika si kecil menolak susu badan secara terus dan hanya mahu melalui botol sahaja bila aku balik dari Hongkong, tapi syukur, si kecil tetap mahu menyusu secara terus.

Ok, sebelum korang ingat entry nih pasal penyusuan ibu, kita berbalik semula pada persiapan ke Hongkong. Flight kami berlepas ke Hongkong pada 2 Disember 2013 (Isnin) dan pulang ke Malaysia pada 6 Disember 2013 (Jumaat). Total untuk kami berempat adalah RM2468. Bermakna 1 orang perlu membayar RM 617 untuk tiket 2 hala.



Untuk hotel, kami merasakan kebanyakan hotel agak mahal. Hotel Disney Hollywood Hotel tu je pon dalam RM1,000.. Belum lagi Disneyland Hotel. Dah la terlepas promo dekat Groupon. Makanya apabila ada Matta Fair pada bulan September, kami pun pergi la untuk survey, tiket entrance Disneyland, hotel dan macam-macam lagi.

Lepas berpusing-pusing dan pening kepala nak decide, akhirnya, kami bersetuju mengambil pakej free and easy daripada Oscar Holidays, sebab dapat deals yang agak okay, bermalam di Disney Hollywood Hotel.Pakej kami bersama Oscar Holidays untuk 4 orang adalah seperti berikut:

 Rate Per Person 4D/3N HKG + Disneyland  : RM 1080  
+ extra night                                                : RM   215    
+ Peak Surcharges                                       : RM     80
+ Tipping                                                     : RM     25
Total Per Person rate                                    : RM 1400

1400 x 4       =  5600
Less deposit = (1000)
Balance         = 4600

Bermakna seorang perlu membayar sebanyak RM1,400. Harga ini sedikit mahal kerana tarikh kami adalah pada peak season.  Harga ini sudah termasuk tiket masuk ke Disneyland, dan kami perlu menghadiri day tour pada hari Selasa untuk mendapatkan voucher Madame Tussaud's Wax Museum.
Hotel kami pula adalah Hotel Newton Inn terletak di North Point untuk 3 malam dan Disney Hollywood Hotel pada malam terakhir. 

Untuk lain-lain tiket kemasukan, kami membeli pakej dari Roystar Travel & Tours juga diperolehi ketika Matta Fair. Pakej ini menawarkan tiket Ocean Park berharga RM 108 dan juga Ngong Ping 360 Cable Car Sky Land Sea (buy 1 Free 1) berharga RM129. Tapi sebab tiket Ngong Ping ni buy 1 Free 1, makanya, seorang kena bayar RM64.50 sahaja. Total pakej dari Roystar ni per person adalah RM 172.50.

Jumlah perbelanjaan seorang  untuk ke Hongkong (TIDAK termasuk shopping) selama 5 hari: 

RM617 + RM 1,400 + RM172.50 = RM 2,189.50.

Mungkin ada yang rasa mahal, tapi kami rasa agak berbaloi sebab dapat hotel yang elok. Kalau mahal pun, mungkin tang tiket flight.. ye la, dah tarikh tu je yang kami berempat sepakat sama2 available.. More updates on the hotels on next entries. 

Hongkong 2013 Part 2

Monday, 29 September 2014

Boba soft structured carrier

Since my last post is about Baba Luna Sling, in accordance to it, I'm writing about Boba Soft Structured Carrier SSC.
I purchased mine 1 year ago from Fabulous Mom. Mine is Boba 3G Dusk. Both my husband and I agreed that it is really a good investment. When you are buying SSC, I would suggest that you go straight away to the shop to try it out whether it fits your body or not. Some people has petite frame that maybe needs a little adjustment.

When I voiced out my intention to buy this thing to my husband, he was like, "Hah? beli lagi? Kan dah ada dah sebelum ni?" Yang sebelum ni My Dear carrier. tak ergonomic, Tak distribute weight evenly, and it is a crotch carrier. Nak ke anak kita kena hip dyslapsia tu? Terdiam pulak dia.. Okayla, jom la pergi tengok macam mana.. And he admits agak sakit bahu jugak kalau pakai lama-lama hehe..

Certainly you do not want hip dyslapsia for your baby



Note that it doesn't really support my LO's body. This was our trip to Langkawi back in 2012.. Nasib baik my hubby yang pakai haaaa.....


Makanya, apabila terbaca Fabulous Mom buat promo, maka bergegas la paksa my hubby ke kedai dia kat Puchong berdekatan dengan IOI Mall. At first nak beli Ergo baby carrier sebab design dia cun yang amat hoii... Tapi bila my husband test dua-dua Ergo and Boba (taktik ni weh, suruh dia test dulu, nak bagik dia rasa best nyer pakai SSC nih), dia kata macam Boba lagik sedap plak... Well, ni dia yang cakap, saya tak test hari tuh, saya pon tak tahu... Mula-mula nak amik Boba Montenegro yang all black tuh, tapi bila tengok balik, kalo terkena habuk ke, nampak jelas plak kat atas warna hitam tu. Makanya kami pon amik Boba Dusk.

Memang sengaja tak amik yang bercorak-corak macam Boba Tweet ape bagai tuh, sebab tengok material dia macam ada perbezaan sedikit. Kalau plain kain dia macam lagi lembut, berbanding yang bercorak. Saya rasa kain dia agak kasar dan keras sedikit.

And I do not want to buy wraps because I do not know how to wrap haha,,, lagipun, kain dia panjang sangat, nanti anak dah bising, mak nya tak terlilit lagik.. Kalau pakai SSC boleh la bapak nyer pakai skali... kalo wrap, jangan harap la papa diorang nih nak pakai... No offense mommies who are into wraps.. Sure, it follows the body contour and all, it's just that I'm not into it hehe...

Wrapping is good, if you knows the right way.


So here is Boba 3G Dusk, worth every cents of my money.



Since the wearer doesn't really feels the weight, he choses to babywear our baby haaa....

Of course, there are other brands for you to choose.. snuggbaby, stork, neezaneedles and the latest one I heard is Onya.. I've been drooling over Onya, boleh adjust into seats, tapi bidaah la tu kalo dah ada Boba nak membeli Onya.. Ni mau kena syarahan panjang uhuhuhu....

All in all, here's my story of babywearing, and I truly enjoy this amazing feeling of being close to my baby. Have fun babywearing people!

Saturday, 18 January 2014

sistem maklumat murid (smm)

tik tok tik tok.. ape?! dah dkt pukul 3 pagi? siap jgak sistem maklumat murid (smm) nih.. tinggal 2 murid je xleh key in sbb xcukup data.. kepada ibu bapa yg ada anak bersekolah, tolong lah hantar maklumat lengkap supaya senang kami cikgu cikgi nih nk key in huhu.. xdela kami tercari cari.. ok.. nak tdo.. kriuukk.. kriukk... erm.. lapar la plak.. dah dah tido tido.. tapi.. telur mata dengan ikan keli left over dinner tadi hasil gorengan mak mertuaku tuh nampak menggiurkan.. no no... kalori kalori... pusing kanan.. pusing kiri... ahhh... lantak la kau kalori... meh aku nk ngap.. huh... 3.30 pagi.. kenyang sudah... gendang gendut tali kecapi, penyesalan amik kalori datang di pagi nanti. can i blame smm for that? selamat malam semua...

Friday, 10 January 2014

Baby wearing

Entry kali ni pasal baby wearing.. semenjak dah anak dua ni, aku dah jadik stroller freak.. hari2 asyik usha stroller, tandem stroller.. yg bertakhta di hati mestilah baby jogger tandem stroller.. tapi apakan daya.. big boss ku bising, kata besar la, berat la, penuh bonet la.. ok boss.. SYMP.. Saya yang menurut perintah..

Makanya, nak senang, baby wearing aje la.. aku dah beli boba carrier di fabulous mom.. best pakai, xsakit bahu.. cun pon cun.. tapi aku pakai utk anak first la, humaira dah 20 bulan.. Utk anak aku yg no 2 nih, belum 2 bulan pun lagi, walaupun ada cara utk pakai infant, aku still cuak2 jgak. 

Makanya aku pun beli la baba luna sling dkt littlewhiz.com. Aku mmg malas nk beli ring sling sbb tak reti pakai.. wrap lagi la, mmg tak terlilit aku.. mau terbelit ada la..

Baba luna sling ni boleh pakai utk beberapa position. Dan aku dah pakai pegi jalan2 kt Johor, Singapore. Dah la x habis pantang lagi masa tu hihi.. sangat puas hati sbb maisarah boleh tidur sgt nyenyak sambil baring kt dlm sling tu. Very worth it!