Saturday, 13 December 2014

Hongkong 2013 Part 1 (Preparation and basic cost)

Dah setahun aku peram cerita pasal hongkong nih... tak menyempat nak taip.. ni pon dah tak berapa nak ingat sangat dah.. jadi, sebelum terpadam dari kotak ingatanku, baik aku cepat-cepat taip. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai rujukan buat diri sendiri dan juga orang lain.

Trip kali ni agak istimewa buat kami semua, kerana ini kali pertama kami merancang percutian sendiri. Seperti biasa, geng pengembaraan adalah, encik suami ASH, kawan rapatnya Bujam dan isterinya Aza. Lebih istimewa, anak sulung kami Hani Humaira yang berusia 1 tahun 8 bulan turut serta.

Tapi yang sedihnya, kami terpaksa meninggalkan baby kami Hani Maisarah yang baru berusia 2 bulan lebih. Ha, sebelum korang kata kejam la, sampai hati tinggal baby la, dengar dulu sebab musabab kami. Niat di hati awal-awal memang nak angkut sekali.. siap dah belikan tiket dah untuk si kecil tu.. Mak aku puas pujuk aku, tak payah la bawak sekali. Akhirnya, lepas dah berbincang banyak kali, kami setuju untuk tinggalkan si kecil tu, atas alasan terlalu kecil, risau terkena jangkitan kuman, lagipun hongkong tengah musim sejuk. Lega hati nenek dia... Aku la yang nak menangis bila terpaksa let go, tambah-tambah lagi tengah menyusu badan.. Berdoa dalam hati, semoga stok susu yang aku buat selama ni, mencukupi buat si kecil sepanjang trip kami.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah, si kecil mahu menyusu botol dan stok susu mencukupi. Mula-mula risau juga, jika si kecil menolak susu badan secara terus dan hanya mahu melalui botol sahaja bila aku balik dari Hongkong, tapi syukur, si kecil tetap mahu menyusu secara terus.

Ok, sebelum korang ingat entry nih pasal penyusuan ibu, kita berbalik semula pada persiapan ke Hongkong. Flight kami berlepas ke Hongkong pada 2 Disember 2013 (Isnin) dan pulang ke Malaysia pada 6 Disember 2013 (Jumaat). Total untuk kami berempat adalah RM2468. Bermakna 1 orang perlu membayar RM 617 untuk tiket 2 hala.



Untuk hotel, kami merasakan kebanyakan hotel agak mahal. Hotel Disney Hollywood Hotel tu je pon dalam RM1,000.. Belum lagi Disneyland Hotel. Dah la terlepas promo dekat Groupon. Makanya apabila ada Matta Fair pada bulan September, kami pun pergi la untuk survey, tiket entrance Disneyland, hotel dan macam-macam lagi.

Lepas berpusing-pusing dan pening kepala nak decide, akhirnya, kami bersetuju mengambil pakej free and easy daripada Oscar Holidays, sebab dapat deals yang agak okay, bermalam di Disney Hollywood Hotel.Pakej kami bersama Oscar Holidays untuk 4 orang adalah seperti berikut:

 Rate Per Person 4D/3N HKG + Disneyland  : RM 1080  
+ extra night                                                : RM   215    
+ Peak Surcharges                                       : RM     80
+ Tipping                                                     : RM     25
Total Per Person rate                                    : RM 1400

1400 x 4       =  5600
Less deposit = (1000)
Balance         = 4600

Bermakna seorang perlu membayar sebanyak RM1,400. Harga ini sedikit mahal kerana tarikh kami adalah pada peak season.  Harga ini sudah termasuk tiket masuk ke Disneyland, dan kami perlu menghadiri day tour pada hari Selasa untuk mendapatkan voucher Madame Tussaud's Wax Museum.
Hotel kami pula adalah Hotel Newton Inn terletak di North Point untuk 3 malam dan Disney Hollywood Hotel pada malam terakhir. 

Untuk lain-lain tiket kemasukan, kami membeli pakej dari Roystar Travel & Tours juga diperolehi ketika Matta Fair. Pakej ini menawarkan tiket Ocean Park berharga RM 108 dan juga Ngong Ping 360 Cable Car Sky Land Sea (buy 1 Free 1) berharga RM129. Tapi sebab tiket Ngong Ping ni buy 1 Free 1, makanya, seorang kena bayar RM64.50 sahaja. Total pakej dari Roystar ni per person adalah RM 172.50.

Jumlah perbelanjaan seorang  untuk ke Hongkong (TIDAK termasuk shopping) selama 5 hari: 

RM617 + RM 1,400 + RM172.50 = RM 2,189.50.

Mungkin ada yang rasa mahal, tapi kami rasa agak berbaloi sebab dapat hotel yang elok. Kalau mahal pun, mungkin tang tiket flight.. ye la, dah tarikh tu je yang kami berempat sepakat sama2 available.. More updates on the hotels on next entries. 

Hongkong 2013 Part 2